Sejarah Sekolah



M
engikut cerita orang-orang tua, Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir ditubuhkan pada tahun 1888. Bangunan asalnya ialah bekas bangunan Balai Polis Permatang Pasir yang ditutup pada tahun 1888 dan dijadikan bangunan sekolah. Bangunan asal ini beratap genting,berdindingkan papan dan tingkapnya berjerejak kayu. 
Guru Besar yang pertama ialah pak Mat Talib Bin Lateh dan pada masa itu hanya terdapat 2 orang guru serta 30 orang murid sahaja.


Pada tahun 1900, sebuah rumah guru telah didirikan oleh kerajaan. Pada tahun 1914,Sekolah Melayu Bukit Indera telah ditutup dan bangunannya telah dipindah dan disambungkan dengan bangunan asal Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir.


Pada tahun 1926,wabak cacar menyerang Kampung Permatang Pasir, sekolah ditutup buat sementara waktu. hospital telah didirikan berhampiran Bukit Jelutong untuk menangani wabak penyakit tersebut dan sekolah dibuka semula pada tahun 1927. Murid perempuan mula diambil bersekolah di sekolah ini pada tahun 1933 sebanyak 20 orang.


Pada tahun 1935, kerajaan telah membeli 3 lot tanah berhampiran sekolah untuk dijadikan padang dan kebun sayur sekolah. Pada tahun 1938, kerajaan telah menambah satu bangunan lagi dan pada tahun 1940,kerajaan telah membeli 2 lot tanah untuk dijadikan padang dan kebun sayur.


Pada tahun 1942 hingga 1945, Jepun memerintah Tanah Melayu. Semua sekolah-sekolah di negeri Tanah Melayu dijadikan sekolah Jepun atau NIPPONGO yang enggunakan Bahasa Jepun sahaja. Walau bagaimanapun Bahasa Melayu diajar juga. Pada tahun 1946, sistem pelajaran Bahasa Melayu telah digunakan semula.Dalam tahun 1957, Bahasa Inggeris telah mula diajar di sekolah ini dan Lembaga Pengurus Sekolah telah ditubuhkan. Wakilnya terdiri daripada wakil Kerajaan Negeri, wakil Kementerian Pelajaran, wakil Murid Tua dan wakil Ibubapa. Pengerusinya yang pertama ialah cikgu Ab. Rahman Bin Saad.


Pada tahun 1958, rumah guru dijadikan pejabat sekolah dan dalam tahun 1961, Pasukan Pangakap dan Pasukan Brownies telah ditubuhkan. Pada tahun 1965, " lambang sekolah " berbentuk gemal padi serta lilin sedang menyala dan ditengahnya tertulis perkataan   
" Pengetahuan Penghidupan " berwarna putih, hijau,kuning dan merah dicipta.


Pada tahun 1971, sebuah bangunan baru dibina bagi menggantikan bangunan lama dan bangunan lain turut diperbaiki. Pada tahun 1976, kerajaan telah membekalkan peti televisyen dan radio disamping setiap bilik darjah dipasang alat pembesar suara dan sehinnga kini pembangunan sekolah dalam bidang akademik, ko-kurikulum dan prasarananya bertambah baik.

Copyright 2010 SK Permatang Pasir 2010 |-- All rights reserved --| Edited by ---> Siti Munirah
Copyright 2009 Simplex Celebs All rights reserved Designed by SimplexDesign