Dari Meja Guru Besar


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
dan salam sejahtera,

Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan izin-Nya maka terbinalah sebuah laman web rasmi Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir. Dalam keghairahan kita berbicara mengenai teknologi maklumat dan komunikasi, sudah tentu kita tidak mahu ketinggalan dalam era globalisasi ini.

Justeru itu, usaha membangunkan laman web ini diharap dapat menjadi tapak dan landasan untuk berkongsi ilmu dan dapat menyalurkan informasi terkini berkaitan sekolah kepada para pengunjung dengan pantas. Saya amat mengalu-alukan penyertaan semua pihak untuk berinteraksi, berkongsi idea dan bertukar-tukar pandangan serta cadangan untuk memajukan lagi SKPP. 

Dalam bebanan tugas yang semakin mencabar, para pendidik perlu kreatif, inovatif dan proaktif untuk menggunakan aplikasi teknologi masa kini dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan.  

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada ahli jawatankuasa ICT sekolah yang begitu komited dalam usaha mewujudkan laman web ini. 

Semoga dengan adanya ruangan ini, diharap dapat mengeratkan hubungan antara sekolah dan masyarakat disamping dapat menyalurkan maklumat terkini kepada semua. Akhir kata, salam hormat dan selamat melayari laman web sekolah ini.


Salam Ikhlas daripada


Rosmila Binti Che Rose
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir
Copyright 2010 SK Permatang Pasir 2010 |-- All rights reserved --| Edited by ---> Siti Munirah
Copyright 2009 Simplex Celebs All rights reserved Designed by SimplexDesign