DASAR PELAKSANAAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KURIKULUM

DASAR PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SEKOLAH

1.      KOMITMEN GURU
          Antara komitmen guru yang perlu diberi perhatian ialah
1.1        Panduan Perkhidmatan Cemerlang dan Tatasusila Profesion Perguruan        
hendaklah sentiasa menjadi panduan dan amalan semua guru.
1.2     Membaca dan memahami falsafah, matlamat dan objektif sekolah serta sentiasa berusaha untuk mencapai objektif tersebut.
        1.3   Guru adalah satu profesion dan berusaha menjaga imejnya
        1.4   Melaksanakan semua tugas dan tanggung jawab dengan penuh    
                Keikhlasan, kejujuran dan bertanggungjawab
        1.5   Anggaplah murid-murid yang diajar dan dididik sebagai anak sendiri
                dan amanah yang masa depan mereka dipertanggungjawab kepada
                guru.
        1.6   Sentiasa menunjukkan dan mengamalkan imej kepimpinan dinamis
                dan kecekapan menjalankan tugas.
        1.7   Elakkan perilaku yang dianggap bertentangan dengan tatasusila
                profesion perguruan seperti ponteng tugas, pecah amanah,
                penyelewengan, cuai dan sebagainya.
        1.8   Berusaha meningkatkan prestasi dan nama baik sekolah dengan                       sedia bekerjasama dengan semua anggota masyarakat sekolah dan                   luar sekolah.

2.      WAKTU HADIR BERTUGAS
          2.1   Digalakkan datang lebih awal selewat-lewatnya 20 minit sebelum  
                  loceng pertama 7.40 pagi dibunyikan.
          2.2   Guru bertanggung jawab dan wajib mengetip kad perakam waktu                       dan scan kehadiran semasa datang  dan pulang dari bertugas.

3.      GURU BERTUGAS
          3.1     Dikehendaki hadir 20 minit awal dan pulang sekurang-kurangnya
                   20 minit lewat.
          3.2     Mengendali perhimpunan rasmi dan perhimpunan harian.
          3.3     Menerangkan tajuk yang disediakan dan segala kelengkapan                            seperti pembesar suara, lagu, bendera sekolah, negeri 
                   dan Malaysia tersedia.
          3.4     Menguruskan kebajikan, keselamatan dan kesihatan murid
          3.5     Menulis laporan harian dalam Buku Laporan Harian
          3.6     Membuat pemeriksaan kebersihan kelas untuk pertandingan
                    kebersihan kelas.
          3.7     Membuat pemilihan kelas terbersih pada setiap minggu
          3.8     Memantau keseluruhan kawasan persekitaran sekolah
          3.9     Memastikan murid beratur semasa dan selepas waktu rehat
          3.10   Menjadi juruacara sekiranya ada program diminggu tersebut



4.      KELUAR SEKOLAH DALAM WAKTU BERTUGAS
          4.1     Guru tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah dalam masa
                   bertugas kecuali atas sebab-sebab perlu seperti arahan daripada
                   PPD/JPN atau hal-hal peribadi yang tidak dapat dielakkan.
          4.2     Guru yang perlu keluar dalam masa bertugas hendaklah  
                   memaklumkan sendiri kepada Guru Besar/wakil untuk mendapa
                   kebenaran.         
          4.3     Setelah mendapat kebenaran, guru perlu mengisi maklumat dalam
                   Buku Permohonan Keluar Dalam Waktu Bertugas untuk                                    pengesahan dan rekod Guru Besar/wakil.

5.      URUSAN CUTI DAN TIDAK HADIR BERTUGAS
          5.1     Guru mesti merujuk, membaca, memahami dan mematuhi                               arahan-arahan/ pekeliling- pekeliling berkaitan kebenaran 
                    berbagai jenis cuti dan tidak hadir bertugas.

          5.2    Dalam keadaan biasa, guru layak mengambil cuti rehat khas 7 hari
 dengan syarat permohonan cuti itu mestilah dipohon terlebih awal             dengan mengemukakan borang cuti  rehat dan mendapat                         kebenaran guru besar/wakilnya.
          5.3   Guru yang sakit perlu mendapat rawatan di hospital/klinik dan
                  menyerahkan sijil  sakit yang sah dari klinik/hospital                  
                  kerajaan/swasta kepada guru besar/wakilnya
          5.4   Jika tidak dapat hadir bertugas atas sebab-sebab kecemasan, guru
                  mesti menghubungi sendiri guru besar/wakilnya melalui telefon  
                  dengan segera antara jam 7.00 pagi hingga 7.20 pagi

          5.5   Guru yang mendapat cuti tanpa rekpd, perlu mengemukakan                             borang cuti tanpa rekod  dari pihak yang memberikan cuti
                  itu untuk mendapat pengesahan guru besar/wakilnya 
                  dan mengemukakan borang cuti tanpa rekod yang telah                                   dilengkapkan. Permohonan akan dimajukan
                  kepada Jabatan Pendidikan Pulau Pinang untuk kelulusan         
                  pengesahan

          5.6  Guru wanita yang akan cuti besalin, perlu mengemukakan Borang                      Cuti bersalin yang kemaskini bagi tujuan rekod dan rujukan
                 perkhidmatan

6.      PAKAIAN DAN PERSONALITI
          6.1   Guru hendaklah memakai pakaian yang kemas mengikut                                   peraturan yang ditetapkan serta melambangkan disiplin dan
                  imej profesion perguruan
          6.2   Tanda nama hendaklah sentiasa dipakai semasa bertugas di                               sekolah,  majlis rasmi sekolah dan tugas rasmi di luar sekolah
          6.3   Guru lelaki dikehendaki memakai tali leher pada setiap hari isnin
          6.4   Pakaian dan personaliti guru termasuk rambut hendaklah sentiasa
                  dalam keadaan kemas supaya menjadi contoh yang baik kepada
                  murid. 
          6.5   Pakaian PJ mestilah lengkap berbaju T-shirt dan berseluar Tracksuit
                  dan berkasut sukan(Pakaian PJ hanya dibenarkan pada hari            
                  berkenaan sahaja)
          6.6   Pakaian baju T-shirt dan seluar slack adalah tidak dibenarkan.
         
7.      URUSAN PERKHIDMATAN DAN PERJAWATAN
7.1    Guru bertanggung jawab mengemaskini maklumat-maklumat perkhidmatan dan perjawatan dengan Pembantu Tadbir (Perkhidmatan dan Perjawatan) yang meliputi aspek pelantikan, kursus induksi, pengesahan jawatan, pergerakan gaji, rekod cuti dan sebagainya
7.2    Guru bertanggung jawab mengemaskni maklumat-maklumat perkhidmatan dan perjawatan dalam sistem maklumat yang berkaitan

8.      DOKUMEN PERSEDIAAN MENGAJAR (DPM)
        8.1   DPM  adalah penting berkaitan dengan tugas dan tanggung jawab                     guru  di sekolah.
        8.2   Maklumat dalam DPM hendaklah dikemaskini dari semasa ke                             semasa 
        8.3   DPM mestilah dihantar ke pejabat sekolah untuk penyeliaan guru                       besar/wakilnya pada setiap hari persekolahan terakhir minggu
                berkenaan
        8.4   DPM akan digunakan untuk tujuan rekod dan pencerapan          
                pembelajaran pengajaran di bilik darjah.
        8.5   DPM wajibdiserahkan kepada guru besar/wakilnya pada hari             
                terakhir persekolahan untuk  tujuan rekod, simpanan dan 
                pemantauan ( jika ada)

9.      PENGGUNAAN HARTA BENDA SEKOLAH
9.1    Guru bertanggung jawab menjaga alatan atau harta benda sekolah  
         dan  menggunakannya  dengan betul mengikut peraturan-            
         peraturan   semasa  menggunakannya di sekolah
9.2    Penggunaan/pinjaman alatan/harta benda sekolah hendaklah                    terlebih dahulu mendapatkan  kebenaran guru penjaganya
         dan  pinjaman/ pengunaan/pulangan hendaklah direkodkan.
9.3    Alatan/harta benda sekolah yang dipinjam/diguna hendaklah
         dipulangkan dengan segera.
9.4    Guru mesti memaklum dan mengganti/membaiki kerosakan
         alatan/harta benda sekolah yang dipinjam/diguna.
9.5    Guru tidak dibenarkan membawa balik ke rumah alatan/harta benda
         sekolah untuk kegunaan peribadi.

  
10.    MENGHADIRI TAKLIMAT DAN MESYUARAT
          10.1 Guru wajib menghadiri taklimat/mesyuarat yang diadakan oleh guru
                  besar/ wakilnya/ jawatan kuasa peringkat sekolah.
          10.2 Jika tidak dapat menghadiri taklimat/ mesyarat atas sebab tertentu,
                  guru perlu memberitahu guru besar dengan mengemukakan alasan
                  bertulis.
          10.3 Semua mesyuarat diperingkat sekolah hendaklah dijalankan secara
                  professional dan teratur.

11.    WAKTU PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
          11.1 Guru hendaklah merujuk, membaca, memahami dan melaksanakan
                  arahan-arahan Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri                   dan Pejabat Pendidikan Daerah berkaitan jadual waktu.
          11.2 Guru yang mengajar mesti berada di kelas atau di tempat mengajar
                  seperti makmal sains mengikut jadual waktu yang ditetapkan.
          11.3 Guru tidak dibenarkan membuat kerja lain seperti menaip soalan
                  peperiksaan, membaca akhbar, message,whatsapp,telegram dan
                  sebagainya dalam masa pembelajaran dan pengajaran
          11.4 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas dan murid
          11.5 Guru bertanggung jawab memastikan dan mendapatkan maklumat
                  kehadiran semua murid sebelum memulakan pembelajaran dan
                  pengajaran di kelas
          11.6 Guru bertanggung jawab memastikan murid tidak keluar dari kelas
                  semasa pembelajaran dan pengajaran dijalankan kecuali atas    
                  sebab-sebab yang penting.
          11.7 Keselamatan murid dalam waktu pembelajaran dan pengajaran 
                  adalah tanggung jawab guru       
          11.8 Guru mesti sentiasa ingat waktu luang (free period) adalah masa
                  bekerja dan perlu digunakan dengan cara yang betul seperti           
                  memeriksa buku latihan murid.
          11.9 Loceng akan berbunyi mengikut waktu yang ditetapkan

12.    JADUAL WAKTU GANTI (RELIEF)
          12.1 Guru dikehendaki mematuhi jadual ganti dan berada di kelas
                  sebagaimana di arahkan oleh guru besar/wakilnya.
          12.2 Jadual ganti dianggap sebagai waktu kerja/mengajar dan                                   menjalankan proses PdP di kelas yang berkenaan mengajar 
                  sesuatu mata pelajaran. Proses relief hendaklah direkodkan
                  dalam Fail Melindungi Masa Instruksional (MMI)
          12.3 Jika di arah mengajar disesuatu kelas bagi menggantikan guru cuti
                  bersalin, guru berkenaan hendaklah mematuhi arahan tersebut.                         Proses PdP hendaklah direkodkan dalam 
                  Dokumen Persediaan Mengajar.


         
13.    SURAT PEKELILING/ARAHAN
          13.1 Guru mesti merujuk, membaca, memahami dan melaksanakan                          arahan arahan pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia,
                 Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah
          13.2 Surat araham/salinannya yang diberikan kepada guru hendaklah
                  dibaca, difahami dan diambil tindakan sewajarnya. Urusan surat-
                  menyurat rasmi sekolah hendaklah menggunakan sisitem fail surat-
                  menyurat sekolah
          13.3 Apabila di arah melaksanakan sesuatu tugas, guru hendaklah
                  melaksanakan sendiri tugas tersebut. Guru terlibat tidak dibenarkan
                  mengarahkan orang lain melaksanakan tugas tersebut bagi pihak
                  dirinya
          13.4 Jika sesuatu tugas terpaksa diserahkan kepada orang lain atas sebab-
                  sebab yang tidak dapat dielakkan dan dipersetujui oleh pihak yang
                  menggantikannya, Guru Besar/wakilnya hendaklah diberitahu secara
                  bertulis
          13.5 Guru bertanggung jawab melaksanakan sendiri tugs-tugas yang
                  dipertanggung jawabkan kepadanya oleh guru besar seperti memegang
                  kunci dan sebagainya.
          13.6 Guru bertanggung jawab melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan
                  oleh guru besar dengan betul, sempurna, mengikut peraturan dan
                  menepati waktu.

14.    PENCERAPAN PENGAJARAN DAN PENYELIAAN BUKU MURID
          14.1 Guru hendaklah merujuk, membaca, memahami dan melakasnakan
                  arahan Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri,
                  berkaitan pencerapan PdP dan penyeliaan buku murid
          14.2 Pencerapan penyeliaan dilaksanakan oleh Guru Besar, semua Penolong
                 Kanan dan semua Ketua Panitia.
          14.3 Pencerapan PdP akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah
                  ditetapkan.
          14.4 Penyeliaan buku latihan murid dibuat secara berjadual. Guru diminta
                  menyerahkan buku murid pada masa ditetapkan kepada Guru Besar,
                  semua Penolong Kanan berkenaan dengan menyerahkan Borang
                  Penyerahan Buku Murid.

15.    PENDAFTARAN KEMASUKAN MURID
          15.1 Guru kelas bertanggung jawab merekodkan kemasukan dan semua
                  butiran murid dalam Buku Pendaftaran Sekolah dan Buku                                 Kedatangan Tahunan kelas
          15.2 Guru kelas menyemak semua dokumen murid dan maklumat-         
                 maklumat yang berkaitan disertakan dari sekolah asal. 
                 Kemukakan kepada guru besar sekolah asal melalui guru besar 
                 sekolah jika dokumen dan maklumat-maklumat yang berkaitan
                 tidak disertakan/tidak lengkap.
          15.3 Guru kelas perlu memastikan maklumat peperiksaan jika murid                        berada ditahun 6.Maklumkan kepada setiausaha peperiksaan
                 untuk tindakan selanjutnya.

16.    PENDAFTARAN KELUAR/PERTUKARAN MURID
          16.1 Guru kelas bertanggungjawab  memastikan bahawa pengesahan                       hanya diterima atas permintaan  ibu bapa/penjaga yang 
                  datang sendiri membuat permohonan ke sekolah.
          16.2 Guru kelas hendaklah menyedia semua dokumen pertukaran,                             dokumen murid dan sebagainya
          16.3 Guru kelas hendaklah memaklumkan perihal pertukaran murid                           kepada Setiausaha peperiksaan untuk  diambil tindakan 
                  selanjutnya jika terdapat perkara-perkara yang belum selesai.
          16.4 Guru kelas hendaklah melaksanakan semua arahan guru besar/
                  wakilnya dari masa ke semasa berhubung kemasukan pertukaran
                  murid
          16.5 Borang permohonan pertukaran dan kemasukan murid disahkan/  
                 ditandatangani oleh guru besar


17.    KELAS
          17.1 Sebelum memulakan pengajaran, guru bertanggung  jawab
                  menentukan dahulu kelas bersih dan ceria dengan kerusi meja                         murid tersusun rapi.
          17.2 Guru waktu terakhir bertanggung jawab memastikan tingkap, pintu
                  kelas ditutup selepas waktu persekolahan.

18.    ORANG LUAR BERJUMPA GURU
          18.1 Orang luar termasuk jurujual tidak dibenarkan berjumpa guru dan
                  murid tanpa mendapat kebenaran guru besar.
          18.2 Orang luar termasuk jurujual wajib mendapatkan Pas Pelawat dan
                  Borang Kebenaran Masuk ke kawasan sekolah dari pengawal
                  keselamatan sebelum dibenarkan berurusan di pejabat.
          18.3 Guru hendaklah mengarahkan orang luar yang hendak berjumpa                       guru atau murid mendapat kebenaran Guru Besar terlebih 
                  dahulu jika kebenaran belum diperolehi.
          18.4 Orang luar termasuk ibu bapa atau penjaga dilarang berjumpa guru
                 atau murid semasa proses PdP
         
19.    MENYEMAK DAN MEMERIKSA BUKU MURID    
          19.1 Guru wajib menyemak dan memeriksa buku murid selepas memberi
                 nota, latihan dan tugasan bagi memastikan murid membuat tugasan                  yang diberikan. Buku-buku hendaklah dikembalikan dengan segera.
          19.2  Guru hendaklah mencatat tandatangan, tarikh, markah/gred/kata-                   kata perangsang/ nasihat atau komen.
          19.3 Guru hendaklah mengarahkan murid membuat pembetulan kepada
                 kesalahan yang dilakukan dan disemak oleh guru.
          19.4 Guru tidak dibenarkan menyuruh murid menghantar buku untuk                        tujuan semakan pada waktu PdP. Minta murid hantar pada 
                 waktu rehat atau waktu tamat persekolahan pada hari berkenaan.
20.    UJIAN DAN PEPERIKSAAN
          20.1 Ujian dan peperiksaan hendaklah diadakan mengikut jadual dan
                  jangka masa yang ditetapkan.
 20.2 Soalan yang telah siap dibahagikan mengikut kelas hendaklah                          diahantar kepada Unit  Peperiksaan untuk disimpan 
         sekurang-kurangnya 2 hari sebelum ujian/peperiksaan.
          20.3 Unit peperiksaam bertanggung jawab mengagihkan kertas soalan
                 tersebut kepada guru pada hari peperiksaan.
          20.4 Bagi peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun format soalan                  dan masa hendaklah selaras dengan foramat UPSR sebenar.
          20.5 Guru subjek hendaklah memeriksa dan markah hendaklah                                 diserahkan kepada guru kelas mengikut tarikh yang ditetapkan.
          20.6 Guru peperiksaan hendaklah menganalisis keseluruhan keputusan                    ujian dan peperiksaan dan menyerahkan kepada Guru Besar.

21.    PERHIMPUNAN RASMI         
          21.1 Semua guru diwajibkan hadir perhimpunan rasmi sekolah
          21.2 Perhimpunan rasmi sekolah diadakan pada setiap hari Isnin 07.40                    pagi hingga 08.10 pagi di Dewan AlFarabi
          21.3Guru bertugas pada minggu tersebut bertanggung jawab                                  memastikan Perhimpunan berjalan mengikut prosedur
                 yang ditetapkan
          21.4 Perhimpunan rasmi ko-kurikulum diadakan pada hari Rabu. Semua                    guru diwajibkan hadir.Murid dan guru dikehendaki memakai 
                 pakaian unit uniform masing-masing.

22.    FAIL PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
          22.1 Semua guru dikehendaki mempunyai Fail Pegawai Perkhidmatan
                  Pendidikan.
          22.2 Masukkan semua dokumen-dokumen yang berkaitan ke dalam fail
                  berkenaan. Ini adalah untuk memastikan semua dokumen yang
                  diperolehi contohnya broucher program, minit mesyuarat dan
                  sebagainya dapat dimasukkan ke dalam fail berkenaan tanpa  .
 22.3 Dicadang menggunakan fail kulit keras warna putih saiz ketebalan 2
                 Inci.


  
DASAR KURIKULUM SEKOLAH

1. LATAR BELAKANG

          Kuriulum adalah ‘core bussiness’ bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di sekolah. Penetapan dasar ini mengambil kira kehendak, keperluan dan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia, aspirasi Pelan Pambangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 ,aspirasi Jabatan Pendidikan Pulau Pinang, Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah serta matlamat, hala tuju dan piagam sekolah ini sebagai garis panduan kepada warga Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir dalam memberi khidmat yang berkualiti kepada semua murid
yang merupakan pelanggan.

2. OBJEKTIF
    Penetapan dasar ini adalah bertujuan
    2.1 Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah
    2.2 Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah
    2.3 Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Kementerian
          Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan Pejabat           Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah

3. DASAR  
     3.1 Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan aru                perdana sistem.
     3.2 Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak
           Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau
           Pinang dan Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah.
     3.3 Semua guru mesti dan bertanggung jawab mendapat maklumat terkini
           dalam pelbagai cara yang sah dan beretika mengenai pendidikan dan
           kurikulum semasa untuk memastikan guru berada di dalam arus dan
           kehendak sistem pendidikan semasa agar dapat memberi khidmat
           kepada setiap murid selaras dengan hak mereka sebagai pelanggan.
      3.4 Pada sebilangan masa, program-program akademik diutamakan. Ini
            bermakana sekiranya program akademik bertembung dengan program
            lain, laluan program akademik hendaklah diberi keutamaan.


4. MESYUARAT
4.1 Jawatankuasa kurikulum akan bermesyuarat minimum 4 kali setahun
      mengikut standard piawaian Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan
      Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan Pejabat Pendidikan Daerah
      Seberang Perai Tengah.
4.2 Isi kandungan  mesyuarat mengikut garis panduan yang diberikan
4.3 Mesyuarat panitia minimum 4 kali setahun dan minit mesyuarat
      hendaklah siap dan diedarkan kepada semua ahli dalam tempoh 14 hari            bekerja dan difailkan ke dalam fail panitia masing-masing.
4.4 Surat panggilan mesyuarat diedarkan kepada semua guru minima 2          
      hari sebelum tarikh mesyuarat dijalankan.
4.5 Kehadiran bagi setiap mesyuarat adalah wajib kecuali dengan pelepasan 
     dan kebenaran guru besar sahaja.
4.6 Setiap mesyuarat panitia perlulah dihadiri oleh salah seorang hak pentadbir.

5. SISTEM FAIL
5.1 Jenis fail diselaraskan kepada ‘hard file’ bersaiz 2 inci
5.2 Nama fail hendaklah dilabel secara melintang pada tetulang fail dan      
     nombor rujukan fail hendaklah dilabelkan selaras dengan nombor dari                buku daftar fail sekolah
5.3 Fail jawatankuasa kurikulum diurus dan disimpan oleh Penolong   
     Kanan Pentadbiran & Kurikulum.
5.4 Semua fail panitia diletakkan di Bilik Fail Panitia.
5.5 Setiap panitia mempunyai 2 fail sebagaimana berikut:
5.5.1 Fail 1 – Pengurusan : Isi kandungan fail (Indeks, cart
        organisasi, profil jawatankuasa-cetak dari EMIS- takwim panitia,
        kewangan dan perancangan perbelanjaan, surat-surat 
        pekeliling, surat panggilan mesyuarat, minit mesyuarat, 
        instrument pencerapan guru, program peningkatan matapelajaran, pelan           perancangan strategik, taktikal dan operasi,  
        laporan program peningkatan mata pelajaran.
5.5.2 Fail 2 -  DSKP, modul atau bahan edaran kursus yang dibekalkan.

6. MATA PELAJARAN YANG DILULUSKAN
 Sistem KSSR
 Modul Teras Asas : Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik,   
                              Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan
                              Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Sejarah,  
                              Teknologi Maklumat & Komunikasi, Rekabentuk
                              Teknologi.
 Modul Teras Tema   : Dunia Seni Visual, Dunia Sains Dan Teknologi dan
                                 Dunia Muzik.
 Modul Elektif           : Bahasa Arab.

7. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM PENDIDIKAN (DSKP),         
    RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN (RPT), RANCANGAN PELAJARAN  
    HARIAN (RPH) SERTA PENGURUSAN DOKUMEN PERSEDIAAN                   MENGAJAR (DPM)
7.1 DSKP terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan
      Malaysia hendaklah diperolehi dan disimpan dalam fail penitia oleh setiap           guru.
7.2 Semua Rancangan Pelajaran Tahunan hendaklah disiapkan/   
      lengkap tidak lewat dari 15 Januari tahun berkenaan.
7.3 DSKP dan Rancangan Pelajaran Tahunan hendaklah disahkan oleh Guru            Besar.
7.4 Rancangan Pelajaran Harian mengandungi
7.4.1 Tajuk                         7.4.6 Bahan
7.4.2 Kemahiran                  7.4.7 EMK (Pengisian Kurikulum/KBAT/Nilai)
7.4.3 Objektif                      7.4.8 Pentaksiran Sekolah (PS)
7.4.4 Pedagogi (Strategi/      7.4.9 Impak/Refleksi Aktiviti)
7.4.5 Bahan 
7.5 Dokumen Persediaan Mengajar (DPM) dihantar ke pajabat setiap
              hari Jumaat atau hari terakhir persekolahan pada setiap minggu
              tanpa gagal.
7.6 Semua guru mesti membawa DPM, RPT dan DSKP setiap 
     masuk ke kelas untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran
7.7 Rancangan Pelajaran Harian (RPH) hendaklah disediakan walau
     pun guru menghadiri kursus, perancangan yang disediakan akan  
     dijalankan oleh guru yang diarahkan mengganti kelas dan mata  
     pelajaran tersebut.
7.8 Menghabiskan DSKP
i. Sekurang-kurangnya 3 minggu sebelum peperiksaan akhir tahun
   bagi tahun semasa.
ii. Tahun 6, minggu pertama bulan Mei tahun semasa

8. JADUAL WAKTU
8.1 Jadual waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapakn Akta
      Pendidikan yang berkuatkuasa semasa.
8.2 Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut
      keperluan sekolah dengan persetujuan mesyuarat kurikulum dan
      dilaksanakan diluar jadual waktu rasmi.
8.3 Dasar pengagihan mata pelajaran – keutamaan kepada guru
      opsyen dan kepakaran guru.
8.4 Jumlah waktu pengajaran maksimum guru ialah 30 waktu minggu tidak            termasuk perhimpunan dan bergantung kepada
     pengisian waran layak bagi tahun semasa.

9.GURU GANTI
9.1 Mana-mana guru yang CRK/ berkursus perlu merekod dan
      memaklumkan kepada Guru Besar, Penolong  Kanan Pentadbiran
      dan mencatat nama pada papan notis.
 9.2 Guru yang dipanggil berkursus dengan surat penggilan diterima
      lebih awal digalakkan  menjual waktu kepada guru-guru lain
      dengan membuat tawaran.
 9.3 Mencari pengganti terlebih dahulu
 9.4 Menyediakan bahan untuk pengajaran guru ganti
 9.5 Menggantikan pelajaran tertinggal pada masa lain
 9.6 Penyediaan guru ganti disediakan dan direkodkan. Guru hendaklah
       menandatangani rekod guru ganti.

10. WAKTU PERSEKOLAHAN
         
Tahun
Hari
Masa
Prasekolah
Isnin hingga Jumaat
08.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tahun 1 dan 2
Isnin
Selasa hingga Khamis
Jumaat
07.20 pagi hingga 01.30 tengahari
07.40 pagi hingga 01.00 tengahari
07.40 pagi hingga 12.00 tengahari
Tahun 3
Isnin hingga Rabu
Khamis
Jumaat
07.40 pagi hingga 01.30 tengahari
07.40 pagi hingga 01.00 tengahari
07.40 pagi hingga 12.00 tengahari
Tahun 4, 5 dan Tahun 6
Isnin hingga Selasa
Rabu
Khamis
Jumaat
07.40 pagi hingga 02.00 petang
07.40 pagi hingga 01.30 tengahari
07.40 pagi hingga 02.00 petang
07.40 pagi hingga 12.00 tengahari

Waktu boleh berubah mengikut keperluan atau situasi semasa dan
akta/pekeliling ikhtisas yang berkuatkuasa semasa
v  Guru mesti hadir ke sekolah sebelum atau pada pukul 7.20 pagi pada setiap hari persekolahan.

 11.PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

11.1 Bagi sistem KSSR dipersetujui Ujian dilaksanakan 2 kali setahun
       dan peperiksaan 2 kali setahun.
11.2 Bagi murid di tahun 6 murid adalah berhak menduduki UPSR
        mengikut jadual dan kertas soalan yang ditetapkan oleh
        Lembaga Peperiksaan Malaysia.
11.3 Bagi sistem KSSR kaedah Pentaksiran PBS KSSR dijalankan
        sepenuhnya tanpa gagal dengan menggunakan instrumen dan 
        borang-borang yang dikhususkan bagi setiap mata pelajaran
dan tahap murid itu sendiri. Instrumen, band, eviden dan show
case eviden hendaklah difailkan ke dalam fail yang ikhususkan
11.1 FORMAT PEPERIKSAAN
1.1.1 Dalam sistem KSSR, JSU disediakan untuk menentukan
         aras soalan.
11.1.2 Masa mengikut kertas sebenar peperiksaan awam.
11.3 Format mengikut soalan kertas peperiksaan awam.
11.1.4 Semua pengendalian mengikut standard peperiksaan   
           sebenar
11.2 JADUAL PENGAWASAN
11.2.1 Disediakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran &
          Setiausaha Peperiksaan Dalaman.
11.2.2 Jadual pengawasan mengikut jadual peribadi.
11.2.3 Masa adalah mengikut keperluan peperiksaan awam.
11.3 REKOD MARKAH     
11.3.1 Markah peperiksaan direkodkan ke dalam DPM.
11.3.2 Markah peperiksaan dimasukkan ke dalam system SAPS
          secara atas talian mengikut tarikh yang ditentukan oleh
          Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan
          Pulau Pinang atau Pejabat Pendidikan Daerah Seberang
          Perai Tengah
11.3.3 Slip keputusan SAPS dilengkapkan dan diserah kepada
          semua ibu bapa bagi  Peperiksaan Semester 1 dan 2
11.4 SYARAT LULUS
11.4.1 Penetapan gred atau skor adalah sebagaimana berikut
                A:85 - 100             B:70 - 84              C:60 - 69             
                D:50 - 59               E:40 - 49              F:01 -39     
        11..5  JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
11.5.1 Semua penyedia soalan ujian/peperiksaan penggal
           diminta menyediakan JSU mengikut tahap kesukaran
           yang dipersetujui dalam panitia.
11.5.2 JSU yang disediakan akan dijadikan asas dalam penilaian
           pada ujian berikutnya.
11.5.3 Bagi objektif – analisis item mesti disediakan setiap kali  
          selepas ujian/peperiksaan.
11.5.4 Semua soalan mesti disemak oleh Ketua Panitia dan
          disahkan oleh Penolong Kanan Kurikulum & Pentadbiran  
          sebelum dicetak
11.6 POST MORTEM UNTUK PEPERIKSAAN
11.6.1 Post Mortem secara bertulis disediakan oleh Ketua Panitia
          setiap kali keputusan peperiksaan Semester 1 dan 2 dan
          percubaan UPSR.
11.6.2 Kekuatan dan kelemahan hendaklah dikenal pasti secara
          individu.
11.6.3 Setiap guru ada fail murid untuk diambil tindakan
          sewajarnya.
 1.6.4 Maklumat terperinci murid berkenaan perlu disalurkan
          kepada Kurikulum, PK HEM dan Guru Bimbingan &
          Kaunseling sekolah.
11.7 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
11.7.1 Semua Ketua Panitia perlu memastikan pelaksanaan PBS
           mengikut tempoh yang ditetapkan.
11.7.2 Dokumentasi berkaitan PBS hendaklah difailkan dalam fail
          berkaitan serta boleh dikemukakan dengan serta merta
          apabila diminta oleh pencerap dalaman atau dari JPN,PPD
          dan Jemaah Nazir untuk tujuan pencerapan dan  
          pemantauan tanpa gagal.

12. PEMANTAUAN
12.1 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)
12.1.1PdP guru/murid di bilik darjah akan dicerap 2 kali dalam
         setahun secara rasmi.
12.1.2 Guru-guru akan dicerap oleh Guru Besar, Penolong Kanan
         dan Ketua Panitia.
12.1.3 Jadual pencerapan dikeluarkan setiap tahun.
12.1.4 Guru dinasihat berbincang untuk menetapkan tarikh dan
          masa yang sesuai untuk pencerapan
12.1.5 Semua penolong kanan akan dicerap oleh Guru Besar

12.2 PENGURUSAN PANITIA
12.2.1 Pengurusan panitia diletakkan sepenuhnya di bawah
          pengawasan Ketua Panitia mata pelajaran berkenaan.
12.2.2 Penolong kanan akan menyelia semua panitia 2 kali
          setahun.
12.2.3 Semua Fail Pengurusan Panitia akan disemak dari masa ke
          semasa dan diletakkan di Bilik Pengurusan Fail
12.2.4 Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan
          Strategik, Pelan Taktikal dan Pelan Operasi
12.2.5 Semua panitia mesti menentukan sasaran tahunan
          berdasarkan TOV, ETR. Ini termasuk mengambil kira OTI
          dan headcount  murid
12.2.6 Ketua Panitia bertanggungjawab menyediakan Anggaran
          Belanjawan Tahunan
12.2.7 Ketua Panitia perlu memastikan panitia di bawah mereka
           membelanjakan peruntukkan PCG secara berkesan dan
           mematuhi peraturan kewangan.




12.3 BILIK-BILIK KHAS
12.3.1 Semua bilik khas mesti diurus dengan sempurna oleh guru
          yang bertanggungjawab berdasarkan Buku Panduan
          Pengurusan Sekolah.
12.3.2 Penyeliaan adalah seperti berikut
                   a. Surau                          b. Bengkel RBT
                   c. Bilik Sains                    d. Bilik PSS
                   e.Bilik SPBT                     f. Stor Sukan
                   g. Bilik LINUS                  h. BIlik Pemulihan Khas
                   i. Bilik Matematik             j. Bilik Kaunseling
                   k. Bilik ABM                     l. Bilik SAL
                   m.Bilik KSSR                   n. Bilik Data/Fail
                   o. Bilik Peperiksaan         p. Bilik Komputer
                   q. Pusat Akses                r. Bilik Setor Perabut
                   s. Bilik Seni                     t. Bilik Kemahiran Hidup
                   u. Bilik Muzik                  v. Bilik Tayang
                   w. Bilik PS
12.3.3 Rekod penggunaan dan peraturan penggunaan serta
          jawatankuasa mesti disediakan.
             12.3.4 Arahan keselamatan, peraturan dan prosedur penggunaan
                       perlu dipaparkan dengan jelas bagi setiap bilik khas.
             12.3.5 Bilik-bilik khas hendaklah sentiasa berada dalam keadaan
                       yang kondusif, selamat dan sesuai sebagai fungsi bagi
                       setiap bilik khas itu.
12.4 JAWATANKUASA PEMANTAUAN
     12.4.1 Guru Besar
     12.4.2 Penolong Kanan Pentadbiran & Kurikulum
     12.4.3 Penolong Kanan HEM
     12.4.4 Penolong Kanan Ko-kurikulum
 12.5 PENYELIAAN BUKU LATIHAN MURID
     12.5.1 Tugasan murid akan dicerap oleh pihak pengurusan 2 kali
                setahun bagi memastikan penyemakan dilakukan secara
                konstruktif
              12.5.2 Semua guru akan menyerahkan secara rawak 10 buah                                      buku dari setiap kelas yang diajar untuk semakan                                            jawatankuasa.
 12.6 PENETAPAN DASAR DAN KUANTITI LATIHAN MURID
     12.6.1 Minima 2 komponen berfokus penulisan seminggu bagi
                matapelajaran bahasa.
               12.6.2 Minima 20 latihan pelbagai format seminggu bagi aspek
                         tatabahasa bagi matapelajaran bahasa.
     12.6.3 Minima 10 latihan peningkatan kosa kata bagi mata
                pelajaran bahasa seminggu.
               12.6.4 Minima 4 latihan berbentuk kajiselidik/inferens/rumusan
                         bagi mata pelajaran sains bagi seminggu.
     12.6.5 Minima 2 projek sains berkumpulan dan 2 projek sains
                individu yang bersesuaian dengan tajuk/unit semasa                                yang sedang diajar dalam  1 smester.
               12.6.6 Minima 20 soalan objektif seminggu bagi mata pelajaran
                         Sains.
               12.6.7 Minima 20 soalan objektif seminggu bagi mata pelajaran
                         Matematik.
     12.6.8 Minima 20 soalan penyelesaian masalah seminggu bagi  
                mata pelajaran Matematik.
     12.6.9 Minima 20 soalan seminggu bagi Pendidikan Islam
                merangkumi komponen Asuhan Tilawah, Ulum As-                                    Syariah, Adab dan Akhlak Islamiah, Jawi.
     12.6.10 Minima 5 soalan pemahaman format subjektif dan 10
                 soalan pelbagai format bagi matapelajaran Sejarah  dan
                 Pendidikan Moral dalam seminggu.
    12.6.11 Minima 2 penghasilan folio bagi satu tahun untuk mata
                 pelajaran Sejarah Moral
             12.6.12 Minima 10 latihan seminggu pelbagai format bagi mata
                        pelajaran Rekabentuk dan Teknologi merangkumi aspek
                        peralatan, urusniaga, pengurusan dan teori.
    12.6.13 Minima 2 projek kumpulan dan 2 projek individu 1 tahun
                 bagi mata pelajaran Rekabentuk dan Teknologi dan
                 dipamerkan.
    12.6.14 Minima 1 hasilan terbaik individu bagi setiap komponen
                dalam Dunia Seni Visual sepanjang 1 bulan difailkan atau
                dipamerkan.
              12.6.15 Minima 10 latihan teori pelbagai format soalan bagi
                         matapelajaran Dunia / Pendidkan Muzik dalam                                                 seminggu.
              12.6.16 Lembaran kerja murid samada helaian yang dibuat                                            sendiri atau menggunakan buku kerja melalui tatacara                                      yang dibenarkan sebagai eviden bagi setiap unit                                              kemahiran yang menunjukkan pencapaian band oleh                                        murid bagi setiap mata pelajaran dalam sistem KSSR
                          hendaklah difailkan dalam Fail Portfolio  Showcase untuk                                    pencapaian yang terbaik bagi tujuan pencerapan.
              12.6.17 Semua Penolong Kanan akan mencerap 10 buah buku 
                          dan Fail Portfolia Showcase bagi setiap kelas.
              12.6.18 Rekod penyeliaan buku kerja murid, latihan murid dan
                          Portfolio Showcase bagi setiap kelas hendaklah                                                diserahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran.
    12.6.19  Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran akan
                 memastikan tindak susul dibuat oleh Guru Mata                                       Pelajaran dan Ketua Panitia Mata Pelajaran.
                               



13. ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA
13.1 Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa 
        Mesyuarat Kewangan Sekolah
13.2 Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan                                         verifikasi tahunan mesti mengikut  Arahan Perbendaharaan yang 
       sedang berkuat kuasa.
13.3 Peruntukkan tahunan hendaklah digunakan pada tahun semasa.
13.3 Bajet hendaklah berdasarkan peruntukkan wang kerajaan dan
        wang suwa yang diturunkan.

14. BUKU TEKS, PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN BACAA
14.1 Buku teks yang dibekalkan dimaksimumkan penggunaannya.
14.2 Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali
       setahun.
14.3 PSS hanya dibenarkan penggunaannya pada waktu PdP bagi
       mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa
       Arab bagi Program NILAM.
14.4 Bagi mata pelajaran selain dari bahasa dibenarkan masuk ke
        PSS dengan tujuan pengajaran berfokus dan rujukan sekiranya
       telah dirancang di dalam DPM dan PSS ditempah terlebih dahulu
14.5 Kebenaran khas diberi ketika waktu relief, guru ganti dibenarkan                       membawa murid ke PSS untuk mencari maklumat atau menonton                     video berkaitan pembelajaran tetapi hendaklah secara terancang dan                 terkawal.
14.6  Program NILAM PSS akan diselia sepenuhnya oleh guru bahasa
14.7 Penyemakan buku NILAM murid dilakukan 2 kali setahun oleh
       guru bahasa.
14.8 Jadual penyemakan akan dikeluarkan oleh Guru Media atau
Penyelaras PSS. 
14.9 Buku-buku rujukan percuma (Naskah Guru) hendaklah
          dijadikan aset panitia.

15. PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK (PRoD)
  15.1 Semua program utama yang berlangsung dalam PdP dibuat
          berdasarkan keperluan panitia.
   15.2 Dasar kurikulum menyokong penuh semua program
          peningkatan akademik yang bertunjang ke arah kecemerlangan
          murid.
   15.3 Jawatankuasa kecemerlangan akademik adalah nadi membantu
          semua panitia dalam merancang dan melakasanakan program
          akademik.
   15.4 Panitia diminta mengemukakan kertas cadangan yang relevan
          untuk program akademik panitia berkenaan.
   15.5 Penglibatan semua penolong kanan dan kaunselor adalah wajib
          bagi penyelarasan Program Akademik (PRoD).

16. PERKEMBANGAN STAF
           16.1 KURSUS DALAMAN
                    16.1.1 Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan
                               taklimat ringkas kepada Guru Besar dan Penolong Kanan
                               Pentadbiran apabila pulang berkursus menggunakan
                               format minit curai.
                    16.1.2 Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan
                              keperluan dan budi bicara Guru Besar dan Penolong
                              Kanan apabila dirasakan perlu atau atas arahan
                              penganjur kursus.
                    16.1.3 Bahan edaran kursus adalah aset sekolah. Failkan dalam
                              fail panitia.Guru menyimpan salinan untuk keperluan
                              sendiri dan guru lain.

16.2 KURSUS PERKEMBANGAN STAF
                    16.2.1 Dirancang mengikut keperluan
                    16.2.2 Lawatan ke sekolah yang cemerlang diadakan
                    16.2.3 Lawatan boleh diadakan oleh panitia

16.3 BAHAN-BAHAN ILMIAH KURSUS
                    16.3.1 Diperbanyakkan untuk kegunaan guru lain
                    16.3.2 Disimpan untuk rujukan panitia

17. KAJIAN TINDAKAN
          17.1 Semua panitia mata pelajaran disarankan membuat satu
                  kajian tindakan setiap tahun.
17.2 Salinan Kajian tindakan yang berkualiti akan dihantar ke Jabatan
                           Pendidikan Negeri (u.p : Ketua Sektor Pengurusan Akademik).

18. DASAR PENGGUNAAN KERTAS UNTUK PdP DAN PEPERIKSAAN
          18.1 Guru-guru dinasihatkan mengamalkan dasar penjimatan dengan
                  menggunakan  Font Century Gothic 12 bagi Tahap 1 dan Times
                  New Roman 12 bagi Tahap 2 dan set-up kertas left & right 0.5
                  dan top&bottom pada 0.5.
          18.2 Percetakan lembaran kerja dan kertas soalan menggunakan
                  mesin fotostat/reso. Isi borang permohonan fotostat/reso dan
                  dapatkan tandatangan pengesahan guru besar /penolong kanan

19. TARGET PEPERIKSAAN AWAM DAN DALAMAN
          19.1 Peperiksaan dalaman – semua murid lulus dalam setiap mata
                 pelajaran
          19.2 UPSR- Kuantiti lulus keseluruhan sekurang-kurangnya 85% dan
                 lulus cemerlang sekurang-kurangnya 20%



20.PENYERTAAN PERTANDINGAN LUAR AKADEMIK
          20.1 Meningkatkan penyertaan dalam pertandingan berbentuk
                  akademik di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan serta
                  antarabangsa.
          20.2 Guru-guru dan murid juga digalakkan mengambil bahagian dalam
                  pertandingan yang dianjurkan oleh agnesi-agensi luar ke arah
                  memartabatkan nama sekolah

21. PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM
          21.1 Penentuan dasar yang ditetapkan tidak akan berubah sehingga
                  berlaku keperluan pendidikan negara
          21.2 Perubahan boleh dilakukan dari semasa ke semasa mengikut
                  keputusan pentadbir melalui mesyuarat pengurusan dan
                  mesyuarat kurikulum.
Copyright 2010 SK Permatang Pasir 2010 |-- All rights reserved --| Edited by ---> Siti Munirah
Copyright 2009 Simplex Celebs All rights reserved Designed by SimplexDesign